Sunday, March 20, 2011

Rumah Tempat tinggal warga emas di kg Parong, Kota Marudu Runtuh

Seorang perempuan  warga emas berumur 80 tahun, sedang nenyak tidur pada waktu tengah malam, mendapati dirinya berada di bawah rumah berlapikkan tanah, warga emas ini  tersedar dari tidurnya bila lantai rumahnya runtuh  pada malam 9/3/2011. Romunah @ Rombikoi Kundingan adalah seorang penduduk kampung Parong dan seorang ibu tunggal. Kg Parong terletak lebih kurang 6KM dari Pekan Kota Marudu.

Beliau mempunyai 6 orang anak dan masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di tempat lain, kecuali seorang anaknya lelaki yang masih bujang bernama  Gelvert bin Mogorna, pada malam itu tinggal dirumah jiran.

Secara kebetulan pada 10 Mac 2011, semasa Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan dan Pegawai Kawasan Encik Milus Suip sedang melawat sebuah Projek Perumahan Rakyat  YSBR di Kg. Parong, yang sedang disiapkan, penduduk kampung memaklumkan kejadian tersebut kepadanya dan beliau telah melawat tempat kejadian itu, KPZ berharap ada peruntukan untuk membantu warga emas  tersebut untuk mendirikan sebuah rumah tinggal yang lebih selamat baginya kelak.

Rumah tempat tinggal Puan Romunah @ Rombikoi Kundingan sudah usang

Ketua Pentadbir Zon sedang melihat lantai rumah  yang runtuh

Lagi pemandangan lantai rumah seorang warga emas yang runtuh

"Kesihan, nasip baik nenek ini selamat semasa kejadian tersebut" katanya