Wednesday, May 18, 2011

Majlis Penyampaian surat tawaran dan penyerahan pelajar kemasukan Pra-Perdagangan dan Pra Sains 2011, UITM

Kudat: Tahniah! kepada pelajar yang telah mendapat tawaran Pra-Perdagangan dan Pra-Sains ke UITM. Majlis penyampaian surat tawaran kemasukan Pra-Perdaganan dan Pra-Sains ke UITM, akan diadakan pada 20 Mei 2011 bersamaan hari Jumaat kira-kira jam 2:30 petang bertempat di Pejabat Daerah Kudat. Seramai 122 pelajar telah berjaya mendapat tawaran tersebut, dimana Daerah Pitas seramai, 16 pelajar Daerah Kota Marudu seramai 42 pelajar, Daerah Kudat seramai 58 (termasuk Matunggung) dan Pulau Banggi seramai 6 pelajar telah berjaya ditawarkan   Pra-Perdagangan dan Pra-Sains di UITM.

Sehubungan dengan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali Pengarah UITM Cawangan Sabah Dr Abdul Kadir Hj. Rosline dan stafnya, Ybhg. Puan Jornah Mozihim,  Pengerusi Persatuan Kebudayaan Rungus Sabah, kerana turut mengwar-warkan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) baru-baru ini, sehingga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar lepasan SPM baru-baru ini.
YB Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N.3 Pitas dijangka akan menyempurnakan penyampaian surat tawaran tersebut kepada pelajr-pelajar yang berjaya. Oleh yang demikian semua pelajar dan ibubapa diharap dapat datang untuk majlis penyampaian tersebut.