Thursday, January 20, 2011

Kursus Menjahit Kain Kurung anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dan KOSAN

Bangunan PITM yang telah disumbangkan oleh Perpadanan Pinjaman Sabah


Seorang peserta dengan gembira sedang menunjukkan hasil jahitan pertama yang telah siap dijahit

Wow! ada bakat Puan Hjh. Norsiah Pegawai Ekonomi Zon Pantai Barat Utara telah berjaya menyiap satu pasang kain sarung. 

Pengurus Besar KOSAN, Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Kudat, Encik Sabrin Sindan, Setiausaha KOSAN dan Pengerusi PITM sedang bergambar bersama sebahagian dengan peserta kursus menjahit

Seorang peserta sedang tekun menjahit 

Jurulatih sedang memberikan taklimat dan menunjuk ajar cara menjahit pakaian mengikut piawaian KOSAN

Encik Sabrin sedang berucap alu-aluan semasa majlis penutupan Kursus Menjahit di Kg Hobut, Matunggung

Tuan Haji Junian Pengurus Besar KOSAN sedang menerima cenderahati daripada Pengerusi PITM Puan Normah sambil diperhatikan oleh Ketua Pentadbir Zon dan Setiausaha KOSAN

Disisi pandangan yang lain tetamu-tetamu kehormat sedang meninjau para peserta

Seorang lagi peserta gembira menjahit pakaian kurung

Seorang peserta PITM paling senior yang berumur 65 tahun
Seramai 15 peserta Kursus menjahit kain sarung anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dengan kerjasama KOSAN di Kg Hobut, Matunggung. Kursus itu dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang mahir dari KOSAN sendiri. Kursus tersebut diadakan ditempat Rumah PITM (Persatuan Ibu Tunggal Matunggung) pada 19 Januari 2011.

Dengan adanya kursus yang dihadiri oleh 15 peserta PITM, maka peserta kursus tersebut telah diiktiraf sebagai 'Vendor" atau sub-Kontraktor KOSAN untuk menjahit kain Sarung.

Antara yang hadir pada majlis penutupan ialah Pengurus Besar KOSAN Tuan haji Junian Hj Yunus, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara Encik Sabrin Sindan, Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Daerah Kudat, Setiausaha Politik Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah Puan Jornah M dan Setiausaha KOSAN Encik Golubi Guntarik.

Wednesday, January 19, 2011

Persatuan Ibu Tunggal Daerah Matunggung (PITM) telah menandatangani MOU menjadi Vendor menjahit pakaian KOSAN



Khamis (19 /1/2011) Matunggung: Persatuan Ibu Tunggal Matunggung (PITM) telah menandatangai MOU dengan KOSAN sebagai Vendor untuk menjahit Kain Kurung Sekolah Rendah sebanyak 10,000 helai kain kurung. Majlis menandatangani telah dilaksanakan diantara Pengerusi Persatuan PITM Puan Normah Tukaron dengan Setiausaha KOSAN Encik Golubi Guntarik, dengan disaksikan oleh Pengurus Besar Kosan, Tuan Haji Junian Hj Yunus, Encik Sabrin Sindan Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Barat Utara dan Puan Jornah M. mantan Wakli Rakyat Matunggung, Setiausaha Politik Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, merangkap Penasihat PITM.

Sebagai permulaan sebanyak 1,000 helai kain kurung telah diserahkan kepada PITM pada hari itu, untuk dijahit dan akan disiapkan dalam jangka masa dua minggu. Sekiranya PITM dapat membuktikan kepada KOSAN bahawa mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, KOSAN berjanji akan memperluaskan kerjasama dengan mereka.

Sebelum itu, Pengurus Besar KOSAN denagan ucapan perasmian penutup Kursus Menjkahit Kain Kurung berkata "Kita mempunyai impian yang sama, iaitu menjadi lebih berjaya, dapat mencapai impian untuk meningkatkan kehidupan dan pendapatan pada masa akan datang, hari ini kita sudah memulakan langkah untuk menjadikan impian kita menjadi realiti. 

Yayasan Sabah Zon Panati Barat Utara sebagai katalis persafahaman tersebut, berharap taraf hidup ahli-ahli Ibu Tunggal akan terjamin pada masa akan datang. Setiap permulaan pasti ada kelemahan dan kekuatan. Jangan jadikan kelemahan itu sebagai penghalang dan mematahkan semangat ahli-ahli PITM. Kekuatan yang ada pada mereka ialah, ada agensi kerajaan yang sentiasa membantu mereka contohnya Yayasan Sabah sendiri, Kosan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Perbadanan Pinjaman Negeri Sabah yang telah menyumbangkan sebuah bangunan untuk menjadi Rumah operasi dan aktiviti PITM di Kg. Hobut.

Tuesday, January 18, 2011

Projek PRR YSBR Kota Marudu



Nama pemohon : En. Jubis bin Olobou
Kg. Morion, Kota Marudu




 Nama Pemohon : Puan Dimong Bte Buah (Ibu Tunggal)
Kampung : Kg. Tanjung Batu, Kota Marudu


PROFAIL PEMOHON PROGRAM PEMBANGUNAN RUMAH (PPR)
YAYASAN SABAH


Nama pemohon ialah Puan Linda Bt. Gorungot. Status pemohon ialah  Ibu Tunggal kerana beliau sudah lama berpisah dengan suaminya . Pemohon mempunyai enam orang anak yang  tinggal bersama dengannya di Kampung Timbang Batu yang jaraknya daripada pekan Kota Marudu ialah 15 kilometer.  Beliau mempunyai sebuah rumah yang kecil di Kg. Timbang Batu yang nampak sudah uzur dan tidak dapat menampung dengan jumlah anak yang ramai. Beliau sudah memohon bantuan rumah PPRT melalui pejabat daerah Kota Marudu tapi hingga ke hari ini permohonannya belum diluluskan. Atas keprihatinan YB Anita Baranting maka YB Anita Baranting telah mencadangkan kepada Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara Kudat agar memberi keutamaan kepada Puan Linda agar diberi bantuan membina rumah melalui sumbangan Yayasan Sabah.

Puan Linda amat mengharapkan bantuan daripada Yayasan Sabah dan sekiranya diluluskan tapak untuk membina rumah sudah tersedia dan Ketua Kampung menyokong penuh dan sudah memberi kebenaran kepada Puan Linda membina rumah di tapak yang dicadangkan.

Bersama-sama dengan profail pemohon dilampirkan bersama-sama ialah gambar-gambar rumah pemohon yang menampakkan keuzuran rumah tersebut dan juga gambar tapak untuk membina rumah baru sekiranya diluluskan.

PROFAIL PEMOHON
NAMA KETUA RUMAH (SUAMI/ISTERI) : PUAN LINDA BTE GORUNGOT
NO. KAD PENGENALAN: 750105 -12- 6076
BANGSA : DUSUN
AGAMA : KRISTIAN
 ALAMAT / KAMPUNG  : KG. TIMBANG BATU,
                                                 KOTA MARUDU
SENARAI NAMA ANAK-ANAK 
                                 
1. RAMONA DONNY ( 17 TAHUN)
2. ROVERTO DONNY ( 12 TAHUN )
3. ROUNNA DONNY (10 TAHUN)
4. ARTIKA DONNY (7 TAHUN )

NAMA ADUN : YB PUAN ANITA BARANTING

NAMA KETUA  KAMPUNG : LUJUM KARIMPUT

         


Keadaan rumah yang sudah uzur di mana banyak lantainya sudah reput serta dinding juga zink yang bocor.



sebahagian atap zink yang sudah bocor dan reput


Monday, January 17, 2011

Projek Rumah Rakyat YSBR Pitas

Rombongan meninjau  Projek  rumah rakyat YSBR bagi Daerah Pitas  telah dilakukan pada 13 Jan 2011 bersamaan hari Khamis. Antara kampung yang dilawati ialah Kg. Rukom, Kg. Datong, Kg. Melubang dan Kg. Kelumpang.

Persoalannya ialah bagaimana kita mengukur indek kemisikinan dikalangan penerima bantuan projek Perumahan Rakyat YSBR?. Adakah keuzuran fizikal rumah, orangnya (penerima bantuan) sama ada golongan tua, duda, janda atau OKU?. Saya melihat dari segi fizikal rumah itu sendiri, memang layak dan patut diberi bantuan tetapi  ada orangnya iaitu penerima bantuan tersebut kelihatan masih gagah, muda dan boleh melakukan kerja-kerja. Persoalannya ialah adakah mereka pura-pura menjadi misikin atau atau dipengaruhi oleh sifat atau tabiat untuk tidak berusaha atau malas berusaha?.

Apapun, kita tidak boleh menghakimi mereka ini kerana kita masing-masing ada andaian tersendiri, nanti bukan pula menambah kebajikan tetapi menambah dosa.



Nenek ini berasal dari Kg mendamai, Pitas tetapi sekarang menetap di Kg Rukom, Suaminya bekas Ketua Kampung sudah meninggal tahun yang lalu. Untuk makluman pemohon yang disenaraikan ialah atas nama mendiang suaminya.



Penerima PRR (Projek Rumah Rakyat) YSBR  berasal dari Kg. Datong yang bernama Puan Malate binti Lani, dua kali berkahwin dia mempunyai anak 5 orang dengan suami pertama dan 2 orang anak dengan suami nya kedua. Suaminya berkerja sendiri, manakala Malate menjaga kedai runcit kepunyaan anaknya yang sudah berkeluarga.



Penerima bantuan PRR YSBR kg. Kelumpang. Maklumat akan di lengkapkan kemudian nanti.


Tuesday, January 11, 2011

Kg. Bak-Bak, Kudat

Pantai Bak-Bak merupakan menjadi tumpuhan dan kunjungan keluarga dihujung minggu dan musim-musim cuti awam  dan cuti sekolah sedikit masa dahulu. Kebanyakan pengunjung di pantai  tersebut bukan sahaja penduduk daerah Kudat sendiri tetapi daerah-daerah lain di Negeri Sabah, bahkan pengunjung dari pelancung luar negara juga sering mengunjungi pantai tersebut.

Pada hari ini, pantai ini seolah-olah menjadi sepi, dan jarang pengunjung melawat tersebut, ini mungkin pelancung lebih tertarik dengan keindahan satu lagi taman pelancungan di Daerah Kudat iaitu Simpang Mengawau atau lebih dikenali sebagai "Tips of Borneo"

Tahukah anda, dekat dengan pantai Bak-Bak ini sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kg. Bak-Bak sudah lama diujud lebih kurang 20 tahun yang lalu, namun kampung ini belum lagi diwartakan sebagai perkampungan yang sah.

Aktiviti penduduk kampung ialah menjadi nelayan tetapi ada juga 5 keluarga yang mengusahakan aktiviti pertanian seperti menanam sayur untuk dikomersialkan, kacang tanah dan sekoi. Dipahamkan seluas 12 ekar sedang diusaha oleh 5 peserta masing-masing memiliki 2.5 ekar seorang untuk menanam kacang tersebut dengan bantuan Jabatan pertanian. Mereka diberi bantuan bibit, baja dan juga membajak kawasan mereka.










Cadangan Projek Membina Rumah YSBR di Kg.Bak-Bak

Cadangan membaiki rumah pertama. Kelihatan Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindah bersama Pengerusi Surau kampung Bak-Bak sedang bergambar di belakang rumah yang dicadangkan

Encik Zainurin bersama Encik Damarin sedang bergambar di hadapan rumah penerima bantuan kedua kg Bak-Bak

Keadaan rumah penerima pertama

Pandangan rumah penerima kedua sisi pandangan kanan

Cadangan pembinaan Jambatan  di kg Bak-Bak

Gambar cadangan Jambatan  di kg Bak-Bak

Pandangan belakang rumah penerima pertama

Rombongan Ketua Pentadbir Zon telah melawat Kg. Bak-Bak kelmarin bertarikh 11 Januari 2011. Tujuan lawatan tersebut ialah meninjau rumah yang dicadangkan untuk pembaikan dua buah rumah yang dianggarkan berjumlah RM20,000.00. Satu batang  jambatan akan juga dibina di kampung tersebut dengan anggaran berbelanjaan RM5,000.00  bagi  memudahkan penduduk kampung menghubungi surau kampung tersebut dan laluan penduduk kampung berurusan diladang mereka.