Monday, July 25, 2011

Menuju Destini Anak Bangsa UITM dengan kerjasama dengan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara

Roadshow pengambilan pelajar Pra Perdagangan dan Pra Sains oleh UITM dengan kerjasama Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara akan mengadakan temuduga terbuka seperti tarikh berikut:


  1. Kota Belud 19-20 Julai 2011
  2. Pitas 25 Julai 2011
  3. Kota Marudu 26 Julai 2011
  4. Kudat 27 Julai 2011
  5. Pulau Banggi 28 Julai 2011
Diharap semula lepasan SPM yang mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dan lulus matematik dan, sains dan english dapat datang untuk mendaftar.

Wednesday, May 18, 2011

Majlis Penyampaian surat tawaran dan penyerahan pelajar kemasukan Pra-Perdagangan dan Pra Sains 2011, UITM

Kudat: Tahniah! kepada pelajar yang telah mendapat tawaran Pra-Perdagangan dan Pra-Sains ke UITM. Majlis penyampaian surat tawaran kemasukan Pra-Perdaganan dan Pra-Sains ke UITM, akan diadakan pada 20 Mei 2011 bersamaan hari Jumaat kira-kira jam 2:30 petang bertempat di Pejabat Daerah Kudat. Seramai 122 pelajar telah berjaya mendapat tawaran tersebut, dimana Daerah Pitas seramai, 16 pelajar Daerah Kota Marudu seramai 42 pelajar, Daerah Kudat seramai 58 (termasuk Matunggung) dan Pulau Banggi seramai 6 pelajar telah berjaya ditawarkan   Pra-Perdagangan dan Pra-Sains di UITM.

Sehubungan dengan itu, kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali Pengarah UITM Cawangan Sabah Dr Abdul Kadir Hj. Rosline dan stafnya, Ybhg. Puan Jornah Mozihim,  Pengerusi Persatuan Kebudayaan Rungus Sabah, kerana turut mengwar-warkan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) baru-baru ini, sehingga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar lepasan SPM baru-baru ini.
YB Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN N.3 Pitas dijangka akan menyempurnakan penyampaian surat tawaran tersebut kepada pelajr-pelajar yang berjaya. Oleh yang demikian semua pelajar dan ibubapa diharap dapat datang untuk majlis penyampaian tersebut.

Wednesday, April 27, 2011

kajian Impak Program Prasekolah Zon Yayasan Sabah terhadap murid dan penduduk setempat pada 27April-26 Mei 2011



Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah dengan kerjasama Zon Pantai Barat Utara akan mengadakan satu kajian Impak Program  Prasekolah Zon  Yayasan Sabah terhadap murid dan penduduk setempat pada 27April-26 Mei 2011. 

Untuk makluman, Zon Pantai Barat Utara mempunyai 6 buah Tadika:

1. Tadika Kg. Sinanggip, Pitas pada 11/5/2011                        
2. Tadika Kg. Kibubuk, Pitas pada 12/5/2011
3. Tadika Kg. Panudahan Jambu, Matunggung pada 17/5/2011
4. Tadika Kg.Palak, Pulau Banggi pada 18/5/2011
5. Tadika Kg. Pituru Laut, Kota Belud pada 16/5/2011
6. Tadika Kg. Nabalu, Pekan Nabalu pada 24/5/2011

Berikut adalah jadual aktiviti yang dihantar oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah.






















Thursday, April 14, 2011

Kunjungan Staf Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara ke MARDI

Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin dan rombongan bergambar dihadapan pintu masuk utama MARDI bersama dengan  Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI 

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang memberikan penerangan kepada peserta usahawan yang turut mengikuti lawatan 

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang menerima cenderahati daripada Encik Sabrin Ketua Pentadbir Zon ZPBU

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang menunjukkan cenderahati yang diberikan oleh Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan

Ketua Penyelaras lawatan Ke MARDI Puan HJh Norsiah Osman Pegawai Ekonomi Zon Pantai Barat Utara,

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang memberikan penerangan mengenai kegunaan sebuah mesin kepada Ketua Pentadbir Zon dan rombongan pengusaha yang lain

Sebahagian staf Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh
Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI
Kota Kinabau 15 April 2011

Seramai 15 peserta terdiri daripada 9 kakitangan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan telah melawat ibu Pejabat MARDI Negeri Sabah hari ini, turut hadir bersama dalam lawatan tersebut Pegawai Tadbir Kanan Encik Zainurin Sahat, Pegawai Kawasan Kota Belud Encik Julkifleh Bakar, Pegawai Kawasan Kota Marudu Encik Milus Suaip, Pegawai Kawasan Kudat/Matunggung Encik Damarin Munsing, Pegawai Kawasan Pitas/Banggi Encik Jikim Rumangun, Puan Hjh Norsiah Osman Pegawai Ekonomi selaku ketua penyelaras lawatan, Puan Jasinah Kumpit dan Encik Binol Darimbang Pegawai Penyelidik/ICT.

Peserta-peserta usahawan dari Kota Marudu, Kota Belud dan Matunggung turut menyerikan lawatan tersebut ke MARDI. Taklimat peranan MARDI negeri Sabah telah disampaikan oleh Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI. Penerangan melalui taklimat dan diselit dengan sesi soal jawab telah memberikan banyak maklumat yang sangat berguna kepada semua peserta yang terlibat.

Untuk makluman, MARDI Negeri Sabah, mengalu-alukan secara individu atau kumpulan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh MARDI atau sesiapa yang ingin menggunakan peralatan mesin yang terdapat di MARDI, individu atau kumpulan boleh memohan kepada Ketua Pengarah MARDI Negeri Sabah, Stesen MARDI Kota Kinabalu, Lot 1, Jalan Selatan 3 KKIP, KM7 Jalan Teluk Sepanggar, Menggatal 88460 Kota Kinabalu Tel: 088-490148, FAX: 088-490736 atau alamat E-Mail Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI: ymy@mardi.gov.my dengan sedikit bayaran yang berpatutan.

Wednesday, April 13, 2011

Lawatan ke Tasek Emas Enterprise Tuaran


Encik Sudin pemilik syarikat bergambar bersama dengan Encik Binol





Rombongan bergambar bersama denga Encik Sudin
Encik Sudin memberi penerangan bagaimana memproses keropok ikan dalan kilangnya

Rombongan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara telah berpeluang melawat Kilang pemperosesan Keropok Ikan di Kampung Laya-Laya Kepunyaan Tasek Emas Enterprise Kepunyaan Encik Sudin dan sekarang telah diserahkan kepada anak beliau Encik Dzulhaire bin Sudin. Selain Keropok Ikan, Kilang ini menghasilkan Sabun, Cili Sos dan Pencuci pelbagai guna. Jenama syarikat Encik Sudin dkenali sebagai alap-alap.

Kejayaan beliau hari ini bukanlah mudah, beliau beberapa kali tersungkur dan menukar strategi perniagaannya semata-mata untuk berjaya, beliau tidak pernah berputus asa tetapi sentiasa meminta bantuan nasihat daripada Jabatan Pertanian, untuk mencapaikan cita-cita, sehingga  kini beliau dikira telah berjaya.

Selain memproses bahan mentah  dari laut, beliau juga turut membuka e-pelancungan dengan menawarkan perbagai aktiviti seperti melihat hasil ternakan kerang laut, berkayak dan diwaktu malam melihat kelip-kelip dan menyediakan tempat penginapan berunsurkan rumah tradisi bajau Tuaran.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI FAMA DAPAT MENJALINKAN PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA KUMPULAN YAYASAN SABAH ZON PANTAI BARAT UTARA







Kota kinabalu (KKIP) Rabu (13 April 2011)

Seramai 15 peserta termasuk  9 pegawai Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara telah melawat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  hari ini. Rombongan dari Yayasan Sabah ZPBU yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Zon dan peserta usahawan dari Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud seramai 6 orang itu telah diberi taklimat oleh Pegawai Perhubungan FAMA Sabah di Ibu Pejabat FAMA Negeri Sabah, Kompleks Pemasaran FAMA, Lot 2, Jalan KKIP Timur, Commercial Zone 2, Kinabalu Industrial Park (KKIP).

Taklimat yang diberikan memberi banyak maklumat berkenaan dengan peranan FAMA negeri yang selama ini tidak banyak diperolehi oleh peserta usahawan dari ZPBU. Contohnya, FAMA mempunyai peranan untuk memasarkan hasil-hasil pertanian penduduk kampung dengan mendaftar nama pengusaha kepada FAMA di daerah-daerah diseluruh Sabah melalui e-Industri asas tani (e-IAT) atau pegawai mereka akan datang sendiri ke kebun pengusaha untuk memberi hasil pertanian mereka. Pengusaha juga boleh menghantar hasil pertanian mereka ke kompleks pemasaran mereka di FAMA Kota Kinabalu.

Selain daripada itu, FAMA juga membantu, memasarkan hasil-hasil usahawan yang mempunyai produk mereka sendiri seperti kerepek pisang yang mendapat pelepasan standard Piawaian yang dikehendaki untuk di jual di pasar raya seperti Gaint dan sebagainya.

Saturday, April 9, 2011

SERAGAM PERCUMA BUKTI BN PRIHATIN

http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6700:seragam-percuma-bukti-bn-prihatin&catid=35:berita-sabah&Itemid=27


Share
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Banggi, Abdul Mijul Haji Unaini mengesa ibubapa agar mengambil peluang mengunakan kemudahan serta sumbangan kerajaan yang telah tersedia dan disalurkan melalui agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO); dalam usaha membantu meringankan bebanan ibubapa, terutama ketika memberikan persiapan pendidikan terhadap anak-anak mereka.
Sehubungan itu, Kerajaan, kata Mijul tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membantu penduduk di mana sahaja, terutama kepada mereka yang berada di luar Bandar, khususnya dalam membangunkan kemudahan asas yang diperlukan, termasuklah prasarana pendidikan seperti sekolah dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemberian Sumbangan Kerajaan berbentuk Pakaian seragam dan kasut Sekolah untuk murid-murid di SK Karakit Banggi yang telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) dan Pejabat Daerah Kecil Banggi bertempat di Rumah Rehat Kerajaan di sini pada Khamis lepas.
"Jesteru, adalah diharapkan kepada penduduk yang bernasib baik menerima sumbangan ini agar dapat menghargainya dengan memberikan sokongan dan dokongan kepada kerajaan hari ini, supaya sumbangan sedemikian akan berterusan sekiranya kepercayaan menerajui pemerintahan oleh rakyat pelbagai lapisan dapat diberikan pada masa hadapan,'' kata Mijul yang baru sepenggal menjadi Adun Banggi.
Katanya, sumbangan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada murid-murid sekolah rendah di negeri Sabah adalah merupakan pemberian kerajaan yang hanya dilakukan di negeri ini; yang disalurkan melalui kontrak kepada KOSAN bagi pihak Yayasan Sabah serta Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih; Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon pantai Barat Utara, Sabrin Sindan; Guru Besar SK Karakit Banggi, Zakeria Awang Damit; Setiausaha KOSAN, Golubi Guntarek; Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KOSAN terdiri daripada Datuk Haji Baisulkhan Salman Farish; Hassan Mansoor, Marsilius Tiwol dan Gabriel Louban.
Mijul menyatakan dengan adanya sokongan dan dokongan daripada semua pihak secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibubapa terutama yang mempunyai anak yang ramai.
Beliau selanjutnya mengambil peluang mengingatkan penduduk di Kawasan Banggi agar sentiasa berwaspada terhadap hasutan pembangkang yang mendakwa kerajaan kurang mengambil berat kepentingan rakyat sedangkan pembangunaan pesat di pulau itu adalah bukti jelas yang rakyat tidak disisihkan, walaupun di mana mereka berada.
''Berdasarkan kepada keperhatinan kerajaan memberikan sumbanan kepada anak-anak kita di sini, maka kita sebagai warga Banggi tidak harus terpengaruh dengan cakap kosong pembangkang yang hanya bertujuan agar rakyat membenci kerajaan; yang berada dalam suasana stabil pada ketika ini,” kata Mijul yang juga Timbalan Pengerusi KO-Nelayan Sabah.
Terdahulu Haji Ghulabdin dalam ucapannya menyeru penduduk di kawasan Banggi supaya terus memberikan sokongan padu kepada Mijul selaku pemimpin muda yang mempunyai daya kepimpinan berpaksikan keikhlasan kerana sejak sepengggal menjadi wakli rakyat di kawasan itu, ternyata dapat membawa banyak kemajuan untuk kepentingan rakyat pada keseluruhannya.
“Keseluruhan kira-kira 1,700 buah sekolah rendah yang mempunyai sekitar 300,000 murid di seluruh Negeri Sabah akan mendapat sumbangan kerajaan berbentuk pakaian dan kasut sekolah pada setiap tahun,” kata Haji Ghulabdin yang jelas menunjukan kerajaan menepati konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan’ yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
 

Monday, April 4, 2011

Pendaftaran terbuka Universiti Teknologi Mara di Pekan Tomborungus Kudat



Kudat: Selesa, 5 April 2011

Pendaftaran terbuka UITM di pekan Tomburungus Kudat  dengan kerjasama pejabat Zon Pantai Barat Utara, mendapat sambutan menggalak daripada pelajar lepasan SPM. Pelajar-pelajar tersebut ditemani oleh ibubapa dan ada juga datang  secara persendirian. Seorang pelajar yang tidak mahu di kenali ditemui oleh penulis,  mengharapkan, akan dipilih untuk memasuki program Pra Sains di UITM.

Program ini dikenali sebagai "Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)" satu program di bawah naungan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Sehubungan dengan pendaftaran tersebut borang-borang tajaan Yayasan Sabah juga turut dijual dan mendapat sambutan.

Syarat-syarat Am Universiti  pelajar lulus sekurang-kurangnya tiga kredit termasuk Bahasa Melayu peringkat SPM dan pendapatan gaji kasar ibubapa tidak lebih daripada RM2,000.00. Bagi Ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mereka bolehlah mendapat pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung . Permohonan hanya terbuka kepada Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja.

Selain di Kudat, pendaftaran terbuka telah dilakukan di Pulau Banggi dan selepas di Kudat pendaftaran akan di dibuka di Daerah Pitas pada 6 April 2011. Kepada pelajar-pelajar di Daerah Pitas pendaftaran ini adalah satu peluang bagi mereka untuk memohon kemasukan ke UITM, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sunday, March 20, 2011

Rumah Tempat tinggal warga emas di kg Parong, Kota Marudu Runtuh

Seorang perempuan  warga emas berumur 80 tahun, sedang nenyak tidur pada waktu tengah malam, mendapati dirinya berada di bawah rumah berlapikkan tanah, warga emas ini  tersedar dari tidurnya bila lantai rumahnya runtuh  pada malam 9/3/2011. Romunah @ Rombikoi Kundingan adalah seorang penduduk kampung Parong dan seorang ibu tunggal. Kg Parong terletak lebih kurang 6KM dari Pekan Kota Marudu.

Beliau mempunyai 6 orang anak dan masing-masing sudah berkeluarga dan tinggal di tempat lain, kecuali seorang anaknya lelaki yang masih bujang bernama  Gelvert bin Mogorna, pada malam itu tinggal dirumah jiran.

Secara kebetulan pada 10 Mac 2011, semasa Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan dan Pegawai Kawasan Encik Milus Suip sedang melawat sebuah Projek Perumahan Rakyat  YSBR di Kg. Parong, yang sedang disiapkan, penduduk kampung memaklumkan kejadian tersebut kepadanya dan beliau telah melawat tempat kejadian itu, KPZ berharap ada peruntukan untuk membantu warga emas  tersebut untuk mendirikan sebuah rumah tinggal yang lebih selamat baginya kelak.

Rumah tempat tinggal Puan Romunah @ Rombikoi Kundingan sudah usang

Ketua Pentadbir Zon sedang melihat lantai rumah  yang runtuh

Lagi pemandangan lantai rumah seorang warga emas yang runtuh

"Kesihan, nasip baik nenek ini selamat semasa kejadian tersebut" katanya

Thursday, February 24, 2011

KETUA PENTADBIR ZON MENGETUAI GOTONG ROYONG MEMBINA JAMBATAN JETI DI KG BAK-BAK

Persediaan tapak mendirikan jambatan jeti

Ketua Pentadbir Zon dan Damarin memantau kerja-kerja penyukatan

Tiang 'Belian' telah didirikan

Memasang pengikat tiang jambatan

Tiang dan gelagar sudah dipasang

Papan jambatan sudah dipasang

Tuan Sabrin sedang menggeragaji tiang belian manakala Encik Jikim membantu mengukur
Seramai kira-kira 20 orang termasuk 7 kakitangan Zon Pantai Barat Utara turun padang yang diketuai oleh Encik Sabrin Sindan Ketua Pentadbir Zon telah melakukan kerja gotong -royong membina sebuah Jambatan Jeti di Kampung Bak-Bak kelmarin bertarikh 24 Februari 2011.

Wednesday, February 9, 2011

Ketua Penampatan Tentera Kem Sri Kudat berkerjasama membina Jambatan Jeti di Kg Bak-Bak

Hari ini 10 Februari, Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dan Ketua Penampatan Tentera Kem Sri Kudat telah mengadakan lawatan tapak pembinaan Jambatan Jeti di Kampung Bak-Bak. Dalam perjumpaan tersebut pihak tentera Kem Sri Kudat bersetuju untuk mengerahkan anggotanya untuk membina sebatang Jambatan Jeti di kampung tersebut. Segala perbelanjaan akan dibiayai oleh Yayasan Sabah melalui peruntukan YSBR.

Bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah, kami  mengucapkan kerjasama yang telah dberikan oleh  Tentera Kem Sri Kudat. Semoga kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Pegawai Kawasan En Damarin Munsing sedang memberikan penerangan kepada Pegawai Tentera




Monday, February 7, 2011

Pemantauan Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 di Pejabat ZPBU pada hari ini 8 Februari 2011

Timbalan Audit Dalaman ZPBU En. Julkifleh sedang mendengar penjelasan  daripada En. Stephen Jilimin Ketua Juru Audit Dalaman untuk mengaudit Pejabat Zon Pantai Barat Utara

Mana bukti-bukti bahawa  kamu telah melaksanakan "quality management system" di pejabat anda? Kata En. Stephen Jilimin kepada En. Julkifleh.

Adat orang kita, tetamu harus dilayan. Sempena dengan Lawatan pematauan Audit tersebut biasalah kita makan bersama.

Wah! rupa-rupanya banyak juga saya makan tadi...

Thursday, January 20, 2011

Kursus Menjahit Kain Kurung anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dan KOSAN

Bangunan PITM yang telah disumbangkan oleh Perpadanan Pinjaman Sabah


Seorang peserta dengan gembira sedang menunjukkan hasil jahitan pertama yang telah siap dijahit

Wow! ada bakat Puan Hjh. Norsiah Pegawai Ekonomi Zon Pantai Barat Utara telah berjaya menyiap satu pasang kain sarung. 

Pengurus Besar KOSAN, Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Kudat, Encik Sabrin Sindan, Setiausaha KOSAN dan Pengerusi PITM sedang bergambar bersama sebahagian dengan peserta kursus menjahit

Seorang peserta sedang tekun menjahit 

Jurulatih sedang memberikan taklimat dan menunjuk ajar cara menjahit pakaian mengikut piawaian KOSAN

Encik Sabrin sedang berucap alu-aluan semasa majlis penutupan Kursus Menjahit di Kg Hobut, Matunggung

Tuan Haji Junian Pengurus Besar KOSAN sedang menerima cenderahati daripada Pengerusi PITM Puan Normah sambil diperhatikan oleh Ketua Pentadbir Zon dan Setiausaha KOSAN

Disisi pandangan yang lain tetamu-tetamu kehormat sedang meninjau para peserta

Seorang lagi peserta gembira menjahit pakaian kurung

Seorang peserta PITM paling senior yang berumur 65 tahun
Seramai 15 peserta Kursus menjahit kain sarung anjuran Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara dengan kerjasama KOSAN di Kg Hobut, Matunggung. Kursus itu dikendalikan oleh tiga tenaga pengajar yang mahir dari KOSAN sendiri. Kursus tersebut diadakan ditempat Rumah PITM (Persatuan Ibu Tunggal Matunggung) pada 19 Januari 2011.

Dengan adanya kursus yang dihadiri oleh 15 peserta PITM, maka peserta kursus tersebut telah diiktiraf sebagai 'Vendor" atau sub-Kontraktor KOSAN untuk menjahit kain Sarung.

Antara yang hadir pada majlis penutupan ialah Pengurus Besar KOSAN Tuan haji Junian Hj Yunus, Ketua Pentadbir Zon Pantai Barat Utara Encik Sabrin Sindan, Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Daerah Kudat, Setiausaha Politik Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah Puan Jornah M dan Setiausaha KOSAN Encik Golubi Guntarik.