Wednesday, April 27, 2011

kajian Impak Program Prasekolah Zon Yayasan Sabah terhadap murid dan penduduk setempat pada 27April-26 Mei 2011



Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah dengan kerjasama Zon Pantai Barat Utara akan mengadakan satu kajian Impak Program  Prasekolah Zon  Yayasan Sabah terhadap murid dan penduduk setempat pada 27April-26 Mei 2011. 

Untuk makluman, Zon Pantai Barat Utara mempunyai 6 buah Tadika:

1. Tadika Kg. Sinanggip, Pitas pada 11/5/2011                        
2. Tadika Kg. Kibubuk, Pitas pada 12/5/2011
3. Tadika Kg. Panudahan Jambu, Matunggung pada 17/5/2011
4. Tadika Kg.Palak, Pulau Banggi pada 18/5/2011
5. Tadika Kg. Pituru Laut, Kota Belud pada 16/5/2011
6. Tadika Kg. Nabalu, Pekan Nabalu pada 24/5/2011

Berikut adalah jadual aktiviti yang dihantar oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Ekonomi Yayasan Sabah.






















Thursday, April 14, 2011

Kunjungan Staf Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara ke MARDI

Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin dan rombongan bergambar dihadapan pintu masuk utama MARDI bersama dengan  Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI 

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang memberikan penerangan kepada peserta usahawan yang turut mengikuti lawatan 

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang menerima cenderahati daripada Encik Sabrin Ketua Pentadbir Zon ZPBU

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang menunjukkan cenderahati yang diberikan oleh Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan

Ketua Penyelaras lawatan Ke MARDI Puan HJh Norsiah Osman Pegawai Ekonomi Zon Pantai Barat Utara,

Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI sedang memberikan penerangan mengenai kegunaan sebuah mesin kepada Ketua Pentadbir Zon dan rombongan pengusaha yang lain

Sebahagian staf Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh
Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI
Kota Kinabau 15 April 2011

Seramai 15 peserta terdiri daripada 9 kakitangan Yayasan Sabah yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Zon Encik Sabrin Sindan telah melawat ibu Pejabat MARDI Negeri Sabah hari ini, turut hadir bersama dalam lawatan tersebut Pegawai Tadbir Kanan Encik Zainurin Sahat, Pegawai Kawasan Kota Belud Encik Julkifleh Bakar, Pegawai Kawasan Kota Marudu Encik Milus Suaip, Pegawai Kawasan Kudat/Matunggung Encik Damarin Munsing, Pegawai Kawasan Pitas/Banggi Encik Jikim Rumangun, Puan Hjh Norsiah Osman Pegawai Ekonomi selaku ketua penyelaras lawatan, Puan Jasinah Kumpit dan Encik Binol Darimbang Pegawai Penyelidik/ICT.

Peserta-peserta usahawan dari Kota Marudu, Kota Belud dan Matunggung turut menyerikan lawatan tersebut ke MARDI. Taklimat peranan MARDI negeri Sabah telah disampaikan oleh Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI. Penerangan melalui taklimat dan diselit dengan sesi soal jawab telah memberikan banyak maklumat yang sangat berguna kepada semua peserta yang terlibat.

Untuk makluman, MARDI Negeri Sabah, mengalu-alukan secara individu atau kumpulan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh MARDI atau sesiapa yang ingin menggunakan peralatan mesin yang terdapat di MARDI, individu atau kumpulan boleh memohan kepada Ketua Pengarah MARDI Negeri Sabah, Stesen MARDI Kota Kinabalu, Lot 1, Jalan Selatan 3 KKIP, KM7 Jalan Teluk Sepanggar, Menggatal 88460 Kota Kinabalu Tel: 088-490148, FAX: 088-490736 atau alamat E-Mail Puan Yusmizawati Mohd Yusob Pegawai Penyelidik MARDI: ymy@mardi.gov.my dengan sedikit bayaran yang berpatutan.

Wednesday, April 13, 2011

Lawatan ke Tasek Emas Enterprise Tuaran


Encik Sudin pemilik syarikat bergambar bersama dengan Encik Binol





Rombongan bergambar bersama denga Encik Sudin
Encik Sudin memberi penerangan bagaimana memproses keropok ikan dalan kilangnya

Rombongan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara telah berpeluang melawat Kilang pemperosesan Keropok Ikan di Kampung Laya-Laya Kepunyaan Tasek Emas Enterprise Kepunyaan Encik Sudin dan sekarang telah diserahkan kepada anak beliau Encik Dzulhaire bin Sudin. Selain Keropok Ikan, Kilang ini menghasilkan Sabun, Cili Sos dan Pencuci pelbagai guna. Jenama syarikat Encik Sudin dkenali sebagai alap-alap.

Kejayaan beliau hari ini bukanlah mudah, beliau beberapa kali tersungkur dan menukar strategi perniagaannya semata-mata untuk berjaya, beliau tidak pernah berputus asa tetapi sentiasa meminta bantuan nasihat daripada Jabatan Pertanian, untuk mencapaikan cita-cita, sehingga  kini beliau dikira telah berjaya.

Selain memproses bahan mentah  dari laut, beliau juga turut membuka e-pelancungan dengan menawarkan perbagai aktiviti seperti melihat hasil ternakan kerang laut, berkayak dan diwaktu malam melihat kelip-kelip dan menyediakan tempat penginapan berunsurkan rumah tradisi bajau Tuaran.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI FAMA DAPAT MENJALINKAN PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA KUMPULAN YAYASAN SABAH ZON PANTAI BARAT UTARA







Kota kinabalu (KKIP) Rabu (13 April 2011)

Seramai 15 peserta termasuk  9 pegawai Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara telah melawat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  hari ini. Rombongan dari Yayasan Sabah ZPBU yang diketuai oleh Ketua Pentadbir Zon dan peserta usahawan dari Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud seramai 6 orang itu telah diberi taklimat oleh Pegawai Perhubungan FAMA Sabah di Ibu Pejabat FAMA Negeri Sabah, Kompleks Pemasaran FAMA, Lot 2, Jalan KKIP Timur, Commercial Zone 2, Kinabalu Industrial Park (KKIP).

Taklimat yang diberikan memberi banyak maklumat berkenaan dengan peranan FAMA negeri yang selama ini tidak banyak diperolehi oleh peserta usahawan dari ZPBU. Contohnya, FAMA mempunyai peranan untuk memasarkan hasil-hasil pertanian penduduk kampung dengan mendaftar nama pengusaha kepada FAMA di daerah-daerah diseluruh Sabah melalui e-Industri asas tani (e-IAT) atau pegawai mereka akan datang sendiri ke kebun pengusaha untuk memberi hasil pertanian mereka. Pengusaha juga boleh menghantar hasil pertanian mereka ke kompleks pemasaran mereka di FAMA Kota Kinabalu.

Selain daripada itu, FAMA juga membantu, memasarkan hasil-hasil usahawan yang mempunyai produk mereka sendiri seperti kerepek pisang yang mendapat pelepasan standard Piawaian yang dikehendaki untuk di jual di pasar raya seperti Gaint dan sebagainya.

Saturday, April 9, 2011

SERAGAM PERCUMA BUKTI BN PRIHATIN

http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=6700:seragam-percuma-bukti-bn-prihatin&catid=35:berita-sabah&Itemid=27


Share
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Banggi, Abdul Mijul Haji Unaini mengesa ibubapa agar mengambil peluang mengunakan kemudahan serta sumbangan kerajaan yang telah tersedia dan disalurkan melalui agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO); dalam usaha membantu meringankan bebanan ibubapa, terutama ketika memberikan persiapan pendidikan terhadap anak-anak mereka.
Sehubungan itu, Kerajaan, kata Mijul tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membantu penduduk di mana sahaja, terutama kepada mereka yang berada di luar Bandar, khususnya dalam membangunkan kemudahan asas yang diperlukan, termasuklah prasarana pendidikan seperti sekolah dan sebagainya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemberian Sumbangan Kerajaan berbentuk Pakaian seragam dan kasut Sekolah untuk murid-murid di SK Karakit Banggi yang telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) dan Pejabat Daerah Kecil Banggi bertempat di Rumah Rehat Kerajaan di sini pada Khamis lepas.
"Jesteru, adalah diharapkan kepada penduduk yang bernasib baik menerima sumbangan ini agar dapat menghargainya dengan memberikan sokongan dan dokongan kepada kerajaan hari ini, supaya sumbangan sedemikian akan berterusan sekiranya kepercayaan menerajui pemerintahan oleh rakyat pelbagai lapisan dapat diberikan pada masa hadapan,'' kata Mijul yang baru sepenggal menjadi Adun Banggi.
Katanya, sumbangan pakaian seragam dan kasut sekolah kepada murid-murid sekolah rendah di negeri Sabah adalah merupakan pemberian kerajaan yang hanya dilakukan di negeri ini; yang disalurkan melalui kontrak kepada KOSAN bagi pihak Yayasan Sabah serta Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi KOSAN, Haji Ghulabdin Enjih; Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon pantai Barat Utara, Sabrin Sindan; Guru Besar SK Karakit Banggi, Zakeria Awang Damit; Setiausaha KOSAN, Golubi Guntarek; Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus serta Ahli-Ahli Lembaga Pengarah KOSAN terdiri daripada Datuk Haji Baisulkhan Salman Farish; Hassan Mansoor, Marsilius Tiwol dan Gabriel Louban.
Mijul menyatakan dengan adanya sokongan dan dokongan daripada semua pihak secara tidak langsung sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan ibubapa terutama yang mempunyai anak yang ramai.
Beliau selanjutnya mengambil peluang mengingatkan penduduk di Kawasan Banggi agar sentiasa berwaspada terhadap hasutan pembangkang yang mendakwa kerajaan kurang mengambil berat kepentingan rakyat sedangkan pembangunaan pesat di pulau itu adalah bukti jelas yang rakyat tidak disisihkan, walaupun di mana mereka berada.
''Berdasarkan kepada keperhatinan kerajaan memberikan sumbanan kepada anak-anak kita di sini, maka kita sebagai warga Banggi tidak harus terpengaruh dengan cakap kosong pembangkang yang hanya bertujuan agar rakyat membenci kerajaan; yang berada dalam suasana stabil pada ketika ini,” kata Mijul yang juga Timbalan Pengerusi KO-Nelayan Sabah.
Terdahulu Haji Ghulabdin dalam ucapannya menyeru penduduk di kawasan Banggi supaya terus memberikan sokongan padu kepada Mijul selaku pemimpin muda yang mempunyai daya kepimpinan berpaksikan keikhlasan kerana sejak sepengggal menjadi wakli rakyat di kawasan itu, ternyata dapat membawa banyak kemajuan untuk kepentingan rakyat pada keseluruhannya.
“Keseluruhan kira-kira 1,700 buah sekolah rendah yang mempunyai sekitar 300,000 murid di seluruh Negeri Sabah akan mendapat sumbangan kerajaan berbentuk pakaian dan kasut sekolah pada setiap tahun,” kata Haji Ghulabdin yang jelas menunjukan kerajaan menepati konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di Utamakan’ yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
 

Monday, April 4, 2011

Pendaftaran terbuka Universiti Teknologi Mara di Pekan Tomborungus Kudat



Kudat: Selesa, 5 April 2011

Pendaftaran terbuka UITM di pekan Tomburungus Kudat  dengan kerjasama pejabat Zon Pantai Barat Utara, mendapat sambutan menggalak daripada pelajar lepasan SPM. Pelajar-pelajar tersebut ditemani oleh ibubapa dan ada juga datang  secara persendirian. Seorang pelajar yang tidak mahu di kenali ditemui oleh penulis,  mengharapkan, akan dipilih untuk memasuki program Pra Sains di UITM.

Program ini dikenali sebagai "Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)" satu program di bawah naungan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Sehubungan dengan pendaftaran tersebut borang-borang tajaan Yayasan Sabah juga turut dijual dan mendapat sambutan.

Syarat-syarat Am Universiti  pelajar lulus sekurang-kurangnya tiga kredit termasuk Bahasa Melayu peringkat SPM dan pendapatan gaji kasar ibubapa tidak lebih daripada RM2,000.00. Bagi Ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mereka bolehlah mendapat pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung . Permohonan hanya terbuka kepada Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja.

Selain di Kudat, pendaftaran terbuka telah dilakukan di Pulau Banggi dan selepas di Kudat pendaftaran akan di dibuka di Daerah Pitas pada 6 April 2011. Kepada pelajar-pelajar di Daerah Pitas pendaftaran ini adalah satu peluang bagi mereka untuk memohon kemasukan ke UITM, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.