Monday, January 17, 2011

Projek Rumah Rakyat YSBR Pitas

Rombongan meninjau  Projek  rumah rakyat YSBR bagi Daerah Pitas  telah dilakukan pada 13 Jan 2011 bersamaan hari Khamis. Antara kampung yang dilawati ialah Kg. Rukom, Kg. Datong, Kg. Melubang dan Kg. Kelumpang.

Persoalannya ialah bagaimana kita mengukur indek kemisikinan dikalangan penerima bantuan projek Perumahan Rakyat YSBR?. Adakah keuzuran fizikal rumah, orangnya (penerima bantuan) sama ada golongan tua, duda, janda atau OKU?. Saya melihat dari segi fizikal rumah itu sendiri, memang layak dan patut diberi bantuan tetapi  ada orangnya iaitu penerima bantuan tersebut kelihatan masih gagah, muda dan boleh melakukan kerja-kerja. Persoalannya ialah adakah mereka pura-pura menjadi misikin atau atau dipengaruhi oleh sifat atau tabiat untuk tidak berusaha atau malas berusaha?.

Apapun, kita tidak boleh menghakimi mereka ini kerana kita masing-masing ada andaian tersendiri, nanti bukan pula menambah kebajikan tetapi menambah dosa.



Nenek ini berasal dari Kg mendamai, Pitas tetapi sekarang menetap di Kg Rukom, Suaminya bekas Ketua Kampung sudah meninggal tahun yang lalu. Untuk makluman pemohon yang disenaraikan ialah atas nama mendiang suaminya.



Penerima PRR (Projek Rumah Rakyat) YSBR  berasal dari Kg. Datong yang bernama Puan Malate binti Lani, dua kali berkahwin dia mempunyai anak 5 orang dengan suami pertama dan 2 orang anak dengan suami nya kedua. Suaminya berkerja sendiri, manakala Malate menjaga kedai runcit kepunyaan anaknya yang sudah berkeluarga.



Penerima bantuan PRR YSBR kg. Kelumpang. Maklumat akan di lengkapkan kemudian nanti.


No comments:

Post a Comment