Tuesday, January 11, 2011

Kg. Bak-Bak, Kudat

Pantai Bak-Bak merupakan menjadi tumpuhan dan kunjungan keluarga dihujung minggu dan musim-musim cuti awam  dan cuti sekolah sedikit masa dahulu. Kebanyakan pengunjung di pantai  tersebut bukan sahaja penduduk daerah Kudat sendiri tetapi daerah-daerah lain di Negeri Sabah, bahkan pengunjung dari pelancung luar negara juga sering mengunjungi pantai tersebut.

Pada hari ini, pantai ini seolah-olah menjadi sepi, dan jarang pengunjung melawat tersebut, ini mungkin pelancung lebih tertarik dengan keindahan satu lagi taman pelancungan di Daerah Kudat iaitu Simpang Mengawau atau lebih dikenali sebagai "Tips of Borneo"

Tahukah anda, dekat dengan pantai Bak-Bak ini sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kg. Bak-Bak sudah lama diujud lebih kurang 20 tahun yang lalu, namun kampung ini belum lagi diwartakan sebagai perkampungan yang sah.

Aktiviti penduduk kampung ialah menjadi nelayan tetapi ada juga 5 keluarga yang mengusahakan aktiviti pertanian seperti menanam sayur untuk dikomersialkan, kacang tanah dan sekoi. Dipahamkan seluas 12 ekar sedang diusaha oleh 5 peserta masing-masing memiliki 2.5 ekar seorang untuk menanam kacang tersebut dengan bantuan Jabatan pertanian. Mereka diberi bantuan bibit, baja dan juga membajak kawasan mereka.










No comments:

Post a Comment