Wednesday, January 19, 2011

Persatuan Ibu Tunggal Daerah Matunggung (PITM) telah menandatangani MOU menjadi Vendor menjahit pakaian KOSAN



Khamis (19 /1/2011) Matunggung: Persatuan Ibu Tunggal Matunggung (PITM) telah menandatangai MOU dengan KOSAN sebagai Vendor untuk menjahit Kain Kurung Sekolah Rendah sebanyak 10,000 helai kain kurung. Majlis menandatangani telah dilaksanakan diantara Pengerusi Persatuan PITM Puan Normah Tukaron dengan Setiausaha KOSAN Encik Golubi Guntarik, dengan disaksikan oleh Pengurus Besar Kosan, Tuan Haji Junian Hj Yunus, Encik Sabrin Sindan Ketua Pentadbir Zon, Zon Pantai Barat Utara dan Puan Jornah M. mantan Wakli Rakyat Matunggung, Setiausaha Politik Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, merangkap Penasihat PITM.

Sebagai permulaan sebanyak 1,000 helai kain kurung telah diserahkan kepada PITM pada hari itu, untuk dijahit dan akan disiapkan dalam jangka masa dua minggu. Sekiranya PITM dapat membuktikan kepada KOSAN bahawa mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang, KOSAN berjanji akan memperluaskan kerjasama dengan mereka.

Sebelum itu, Pengurus Besar KOSAN denagan ucapan perasmian penutup Kursus Menjkahit Kain Kurung berkata "Kita mempunyai impian yang sama, iaitu menjadi lebih berjaya, dapat mencapai impian untuk meningkatkan kehidupan dan pendapatan pada masa akan datang, hari ini kita sudah memulakan langkah untuk menjadikan impian kita menjadi realiti. 

Yayasan Sabah Zon Panati Barat Utara sebagai katalis persafahaman tersebut, berharap taraf hidup ahli-ahli Ibu Tunggal akan terjamin pada masa akan datang. Setiap permulaan pasti ada kelemahan dan kekuatan. Jangan jadikan kelemahan itu sebagai penghalang dan mematahkan semangat ahli-ahli PITM. Kekuatan yang ada pada mereka ialah, ada agensi kerajaan yang sentiasa membantu mereka contohnya Yayasan Sabah sendiri, Kosan, Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Perbadanan Pinjaman Negeri Sabah yang telah menyumbangkan sebuah bangunan untuk menjadi Rumah operasi dan aktiviti PITM di Kg. Hobut.

No comments:

Post a Comment