Monday, April 4, 2011

Pendaftaran terbuka Universiti Teknologi Mara di Pekan Tomborungus Kudat



Kudat: Selesa, 5 April 2011

Pendaftaran terbuka UITM di pekan Tomburungus Kudat  dengan kerjasama pejabat Zon Pantai Barat Utara, mendapat sambutan menggalak daripada pelajar lepasan SPM. Pelajar-pelajar tersebut ditemani oleh ibubapa dan ada juga datang  secara persendirian. Seorang pelajar yang tidak mahu di kenali ditemui oleh penulis,  mengharapkan, akan dipilih untuk memasuki program Pra Sains di UITM.

Program ini dikenali sebagai "Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB)" satu program di bawah naungan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Sehubungan dengan pendaftaran tersebut borang-borang tajaan Yayasan Sabah juga turut dijual dan mendapat sambutan.

Syarat-syarat Am Universiti  pelajar lulus sekurang-kurangnya tiga kredit termasuk Bahasa Melayu peringkat SPM dan pendapatan gaji kasar ibubapa tidak lebih daripada RM2,000.00. Bagi Ibubapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mereka bolehlah mendapat pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung . Permohonan hanya terbuka kepada Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja.

Selain di Kudat, pendaftaran terbuka telah dilakukan di Pulau Banggi dan selepas di Kudat pendaftaran akan di dibuka di Daerah Pitas pada 6 April 2011. Kepada pelajar-pelajar di Daerah Pitas pendaftaran ini adalah satu peluang bagi mereka untuk memohon kemasukan ke UITM, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.

1 comment:

  1. sy dpt 2 twrn dip. bisnes study n pre science mdab ni . but , i decide nk amek pre science . n hopefully pat lulus 3.o ke atas , then amk diploma fisioterapi or pharmacy . amin :). klau minat , insyAllah , boleh tuu . asal study jgn main2 kan . i'm sarawakian . good luck then ! terima kasih uitm .

    ReplyDelete